Wednesday 18 November 2009

kenali orang yang berjaya meruntuhkan khilafah islam turki..



SEJARAH KAMAL ATATURK..

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran alGhazi
(orang yang memerangi).
Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab
meruntuhkan Khilafah Islam Turki
pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu
merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja
sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan
bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang
bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera
dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu
mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul alZi'bu
alAghbar
atau alHayah
alKhasah
li taghiyyah telah menulis:
'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi
yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah
keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut
agama Yahudi secara senyapsenyap.
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi,
dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulankumpulan
agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi
Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada
zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyapsenyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika.
Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H
(1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan
menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah
ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam.
Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakanrakan
pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang).
Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang
bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan
pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga
bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan
Ataturk ini.
Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau
dipilih sebagai panglima pasukan ke 19
di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera
British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan
tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk
telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang
disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh
Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera
bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa manamana
pihak mencapai sebarang
kemenangan sehingga menyebabkan keduadua
belah pihak bertahan dikawasan masingmasing
untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangkasangka
telah
meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai
satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris,
musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke
sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan
telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda
tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau
telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus
membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayahwilayah
Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah
membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas
pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah
sepanjang tempoh dua tahun 1337 1338H
(19181919M)
dan meminta khalifah menghentikan
angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal
untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya
memenuhi aspirasi rakyat dan satusatunya
pegawai tinggi tentera yang layak mendapat
penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala
reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah
merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayahwilayah
Kerajaan
Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan
membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terangterang
bercanggah dengan teks
perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas
sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalanjalanraya,
memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijakpijak
dengan kaki, menaggalkan
purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan
menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengahtengah
kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengahtengah
armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala
keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan
tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan
huruhara.
Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan
menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan
dapat dicapai."
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah
berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para
pemimpin muda dan pemikirpemikir
yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah
tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa
mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjatasenjata
yang dibelakkan kepada
Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun
Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan
September tahun yang sama, pertempuran di antara keduadua
belah pihak terhenti apabila Greek
menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tenteratentera
Uthmaniyyah mula
memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesarbesarkan
kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan
menyebarkannya dengan cepat ke negaranegara
Islam. Orang islam telah tertipu dengan
tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah
memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin alWalid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah
kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac
1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat
diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian
Wakaf dan Kementerian Undangundang
Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolahsekolah
agama
telah ditukar menjadi sekolahsekolah
awam.
Musuhmusuh
Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara
mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa
merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersamasama
Mustafa Kamal sendiri. Mereka
juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar
yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi
Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan
Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuhmusuh
Islam untuk
menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk
membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord
Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan
kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai
tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah
Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang
mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan
Khalifah dang mengulingkan baginda.
Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah
seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian
Islam (lebihlebih
lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris
sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin
dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka
tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi
yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan
di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang pakaianpakaian
Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyenfesyen
Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari
Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea
menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita
Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam
Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan hurufhuruf
Arab dalam penulisan dan
menukarkannya kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada
akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan
berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbarakhbar,
menangkap ketuaketua
pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah
mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya
sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan anakanak.
Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal
bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya
dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk
terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat
mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau
memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut
menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum
beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.
Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden
yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama
ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam
upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada
tahun 1357H (1937M).